in

20 Pelajar UPSI Sertai Khidmat Sosial di Pidie Jaya

Seramai 20 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyertai program tanggungjawab sosial dan kemanusiaan untuk penduduk Pidie Jaya, Aceh, Indonesia yang dilanda gempa bumi baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), UPSI, Dr. Zahuri Khairani berkata, peserta misi kemanusiaan itu dapat melaksanakan tanggungjawab sosial dengan baik dan lancar serta menjaga nama baik universiti itu.

Beliau melahirkan rasa bangga terhadap semangat dan keyakinan peserta untuk melaksanakan misi kemanusiaan selama lapan hari di Aceh.

“Saya bangga dengan komitmen peserta yang prihatin terhadap penduduk Aceh yang dilanda gempa bumi baru-baru ini. Saya berharap semangat kesukarelawanan yang dimiliki peserta akan akan memberi pengalaman baharu berharga,” katanya ketika berucap kepada peserta sebelum berlepas ke Aceh, baru-baru ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof Madya Dr. Mohd. Abdullah Jusoh berkata, peserta misi kemanusiaan itu adalah Duta UPSI yang terpilih ke luar negara bukan sahaja untuk menimba pengalaman, malah satu proses pembelajaran secara tidak langsung.

Beliau berkata, jika misi itu berjaya, ia adalah satu pencapai–an cemerlang dalam menunaikan tanggungjawab kemanusiaan di luar negara.

“Tugasan ini dinilai oleh universiti dan masyarakat di Aceh. Inisiatif melaksanakan aktiviti kesukarelawanan ini adalah satu langkah ke arah melonjakkan nama UPSI di peringkat antarabangsa,” katanya.

UTUSAN

What do you think?

Written by virgo

Perjuangkan Cinta Kita Ketika Dia Memilih Bertahan Meskipun Di Luar Sana Masih Banyak Yang Lebih Baik Dari Kita

KIP Sebut Logistik Pilgub Aceh Aman